Monday, October 19, 2009

Koleksi karangan pilihan

Koleksi karangan pelajar SMK Sultan Ismail, JB

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN ALAF INI DAN USAHA-USAHA UNTUK MEMAJUKANNYA

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan di negara Malaysia menjadi salah satu cerucuk utama kemajuan yang telah kita kecapi setelah mencapai kemerdekaan selama setengah abad. Pengangkutan alaf ini ataupun pengangkutan moden boleh didefinisikan sebagai kenderaan yang digunakan pascamodenisasi ini untuk memenuhi kehendak negara serta rakyatnya. Tidak semua orang mampu memiliki kenderaan sendiri, maka pengangkutan alaf ini memberikan peluang atau nafas baru kepada semua untuk meneruskan kehidupan yang selesa dan berkualiti. Hasil daripada penggemblengan usaha kerajaan dan generasi muda kita, negara kita dilengkapi dengan pelbagai pengangkutan moden seperti monorel, perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), kereta api elektronik, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan kontena untuk masyarakat kita nikmati pada hari ini.

Persoalannya, apakah kepentingan pengangkutan alaf ini? Perkhidmatan ini telah berjaya meningkatkan darjah ketersampaian di negara ini iaitu keupayaan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Hal ini dikatakan mustahak bagi sesetengah rakyat yang berulang-alik ke tempat kerja pada setiap hari. Mereka yang tinggal jauh dari destinasi mereka setiap pagi terpaksa mengambil masa berjam-jam sekiranya berlakunya kesesakan lalu lintas di jalan raya tanpa kemudahan pengangkutan alaf ini. Tekanan perasaan akibat kesesakan lalu- lintas yang dihadapi pula kemungkinan besar akan menjejaskan emosi mereka semasa bekerja nanti. Deduksinya, pengangkutan alaf ini berupaya melahirkan masyarakat yang mampu berdepan dengan dunia realiti kita yang pantas berubah dan berkembang.

Sementelahan itu, perkhidmatan pengangkutan moden juga mampu meminimumkan jumlah kemalangan jalan raya yang berlaku di negara kita. Kebelakangan ini, kemelut tersebut telah mengundang polemik sehingga membimbangkan masyarakat di negara kita. Penggunaan pengangkutan yang pelbagai jenis dapat mengurangkan penggunaan pengangkutan jalan raya semata-mata. Hal ini dapat menjamin keselamatan penduduk negara kita kerana kemalangan yang berlaku terutamanya pada waktu puncak boleh mengakibatkan kematian. Buruk padahnya jika mangsa kemalangan tersebut merupakan pewaris bangsa yang mampu memanifestasikan kemajuan negara kita.

Pengkangkutan alaf ini bukan sahaja dapat menjamin kesihatan rakyat negara kita, tetapi juga dapat memelihara hubungan yang erat antara manusia dengan persekitarannya. Hal ini adalah kerana penggunaan perkhidmatan moden dapat mengurangkan pencemaran alam. Pembakaran tenaga petroleum semasa penggunaan pengangkutan masa dahulu boleh menyebabkan pembebasan gas beracun seperti gas karbon monoksida, sulfur dioksida dan nitrus dioksida. Pembebasan gas-gas ini bukan sahaja memudaratkan kesihatan masyarakat negara kita, menyebabkan kesan rumah hijau yang serius serta menipiskan lapisan ozon dunia. Pengangkutan alaf ini seperti feri, kapal terbang, serta kereta api elektrik adalah mesra alam. Baru-baru ini, kerajaan telah merancang untuk mengusahakan kereta yang mampu menggunakan tenaga solar dan elektrik untuk bergerak. Hal ini dapat menyelamatkan bumi kita daripada kehabisan bahan galian yang mustahak untuk memajukan aspek-aspek lain yang memerlukan perhatian.

Walaupun kepentingan pengangkutan alaf ini telah jelas diperkatakan, semua pihak masih harus berganding bahu menjangkau sehabis tangan untuk memastikan bahawa kemudahan ini dapat dimanfaatkan secara maksimum. Tanpa usaha masyarakat, nescaya matlamat negara kita untuk mengoptimumkan kebaikan pengangkutan moden tidak tercapai. Untuk menjamin penglibatan aktif rakyat dalam memajukan pengangkutan alaf ini, kempen-kempen perlulah diadakan untuk meniup kesedaran tentang peri pentingnya penggunaan kemudahan ini untuk kebaikan semua pihak. Sekiranya masyarakat menggunakan pengangkutan moden dengan lebih kerap, kerajaan akan sanggup membelanjakan berjuta-juta ringgit demi meningkatkan lagi taraf dan kualiti kemudahan pengangkutan di negara kita. Kerjasama rakyat amat diperlukan kerana sesebuah negara itu terdiri daripada rakyatnya. Kemudahan yang disediakan memang bermatlamat untuk dinikmati oleh segenap lapisan rakyat di negara ini.

Di samping itu, kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) perlu dimantapkan lagi untuk memajukan sektor pengangkutan di negara kita. Kerajaan kita telah menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang merupakan sebuah rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi maklumat. Kemudahan ini boleh digunakan untuk meningkatkan lagi pengawasan dan pemanduan sistem pengangkutan serta menjamin penggunaan pengangkutan moden yang lebih efisien dan sistematik. Hal ini seterusnya akan menaikkan keyakinan masyarakat terhadap perkembangan pengangkutan alaf ini selaras dengan kemajuan yang telah dikecapi oleh negara kita pada era globalisasi ini.

Sebagai intiha bicara, tidak dapat disangkal bahawa sistem pengangkutan yang moden serta efisien adalah amat diperlukan bagi memenuhi kehendak manusia pada abad ke-21 ini. Raja diibaratkan pohon manakala rakyat umpama akarnya, tanpa akar, mustahillah pohon itu dapat berdiri. Dalam kata lain, kerjasama antara kerajaan dan rakyatnya amat mustahak kerana muafakat membawa berkat. Kita hendaklah mengadunkan usaha yang cukup padu demi membina impian masa depan kita yang lebih gemilang lagi. Yakinilah sistem pengangkutan kita pada hari ini yang mampu mendorong kita untuk menangani pancaroba mayapada yang bakal menghambat serta memajukan negara Malaysia yang telah lima puluh satu tahun mengecapi kemerdekaan.


Nukilan :Jaslyn Gan-5CS

Frasa Menarik dalam Karangan

KERTAS 1
KARANGAN
BAHASA KARANGAN


a) Penggunaan frasa yang menarik

1 Tidak terkongkong dalam lingkungan tradisi
2 turut menyandarkan harapan
3 mempunyai iltizam yang tinggi
4 anjakan paradigma dan menongkah arus
5 menempah arus globalisasi
6 mempunyai keterampilan tersendiri
7 sesawang negatif
8 sebagai intihanya
9 wajarlah ada tautan
10 tali pengikat dan aturan yang kukuh
11 Masih berada di takuk lama
12 interaktiviti dan komunikasi
13 kolektif dan kompak
14 lebih proaktif dan efesien
15 Meniti arus zaman
16 Impak sampingan yang tidak terperi
17 menjana pertumbuhan ekonomi
18 teras penggerak perkembangan
19 wadah bagi menghasilkan pengeluaran
20 mempunyai prakarsa untuk melakukan perubahan
21 menjadi pemangkin kepada modenisasi
22 melalui suntikan teknologi terkini
23 pancaran budi dan ketinggian agama
24 menyiratkan makna
25 tingkat kekomunikatifan yang tinggi
26 penularannya akan menjadi kian parah
27 kemewahan pun boleh melalaikan
28 mengentalkan perasaan
29 formula ampuh membina perpaduan kaum
30 semangatku seakan-akan luruh
31 menguasai dan mengawal minda
32 berdegar-degar dan lebih besar daripada idea yang cuba disampaikan
33 melonjakkan citra penyampainya
34 berhati-hati dalam pembicaraannya agar tidak terpantul daripada suara kata-kata
yang mengaibkan orang lain
35 guru sebagai tonggak yang menunjangi persekolahan
36 tanggungjawab itu penting untuk dilunaskan demi melahirkan insan berkualiti
37 bahasa merupakan wadah untuk suatu julat kenyataan manusia
38 kenyataan yang dibina oleh mimpi dan fantasi
39 institusi pembentukan akhlak dan sebagai menanam bibit kemanusiaan yang sebenar
40 gelombang laungan ‘belia benci dadah’ bergema
41 mewarisi tampuk kepimpinan
42 media arus perdana
43 generasi penyumbang kebaikan
44 menjayakan agenda negara
45 menanjak usia remaja
46 terserlah keluhuran hati dan ketinggian budi

47 menghidupkan situasi yang erat dan mesra
48 memahami setiap ujaran yang dilahirkan
49 mengenal identiti diri
50 berwadahkan ilmu
51 memuatkan sari pati
52 membuahkan fikiran yang konsisten dan tidak runsing.
53 kemiskinan maklumat
54 kini dia sudah pergi
55 hingga ke titisan darah yang terakhir
56 fajar mula menyingsing
57 manusia yang berada di marcapada ini
58 pentas penyaluran ilmu
59 mengurangkan jurang digital
60 mauduk perbicaraan
61 meneruskan kelangsungan hidup
62 cerminan bangsa yang berperibadi
63 menerjah kecemerlangan
64 menggarap pengetahuan
65 adat resam tradisi mula terhakis
66 potensi otak dan fizikal
67 impak baik dan buruk
68 membisikkan isi hati
68 menyatakan perasaan diri
69 mencari jalan penyelesaian
70 pengalaman biasa yang bernostalgia
71 memberikan nafas dan semangat
72 membentuk personaliti dan hala tuju
73 didominasi oleh akal dan nafsu
74 akal yang sihat dan hati sanubari yang dipandu
75 dilingkungi oleh batas budaya dan agama
76 membicarakan harapan
77 terkepung dalam hiruk pikuk pembangunan
78 bertindak rakus terhadap alam sekitar
79 tepu dengan keghairahan
80 memerlukan revolusi sikap
81 akar umbi dan tunjang keutuhan hidup
82 benteng yang ampuh untuk menghadapi arus dan gelombang perubahan
83 menjadi pemangkin kepada modenisasi
84 apabila alam mula memprotes
85 kupasan mengenai perspektif
86 sikap keakuan mula melonjak-lonjak dalam salur darah
87 ruang lingkup kerjayanya
88 menguasai dada akhbar
89 ambang persaraan
90 njap kedamaian hidup berkeluarga yang berpanjangan
91 mengangkat realiti sebuah masyarakat.
92 bergelut dengan pelbagai penyakit sosial
93 menyelunsur kegawatan ekonomi
94 menghambat usaha
95 merealisasikan bakti
96 membiasakan diri membuat pertimbangan yang wajar
97 menukar dan mematangkan minda masyarakat
98 mempunyai daya tahan yang tinggi,
99 mengundang pada
100 jentera propaganda

b) Penggunaan rangkai kata setara
1 bercelaru, berserabut, lintang pukang
2 tercalar maruahnya, tercabar martabatnya dan tersasar darjatnya
3 sanggup membelakangkan dan mencantas orang lain
4 masyarakat yang berilmu dan berperibadi unggul
5 melontarkan idea dan meluahkan perasaan
6 melampau batas dan melanggar susila
7 bahasa halus dan sopan santun.
8 menangkis kegundahan dan keresahan
9 membuahkan kegembiraan dan kesejahteraan
10 bersandar pada cara dan berpegang pada peraturan
11 menyusuli usaha dan diikuti ikhtiar
12 dirungkaikan secara matang dan dileraikan secara bijaksana
13 keserabutan fikiran dan kekusutan akal
14 mempersoalkan kegagalan dan mengungkitkan ketewasan
15 meluahkan perasaan dan melahirkan isi hati
16 keperibadian mulia dan ketinggian yang luhur
17 memantapkan pemahaman dan menstabilkan tanggapan
18 kemiskinan maklumat dan kekurangan informasi
19 memiringkan hasrat dan mencondongkan impian
20 penyanggahan pendapat dan penentangan hujah
21 meratakan kemakmuran dan mendatarkan keharmonian
22 kemampuan bersaing dan keupayaan beriringan
23 menimbulkan kesedaran dan melahirkan keinsafan
24 menilai keupayaan sebenar dan mentafsir kemampuan hakiki
25 usaha yang terancang dan ikhtiar yang teratur
26 kecelaruan pemikiran dan kekacauan akal
27 keupayaan memanipulasika dan kebolehan mengendalikan
28 memperlihatkan keterampilan dan menunjukkan kemampuan
29 strategi komunikasi dan pendekatan perhubungan
30 melemparkan tohmahan dan melontarkan syak wasangka
31 menggugat keimanan dan menggoncang ketetapan hati
32 mencemarkan imej dan memburukkan bayangan
33 pewaris generasi dan penyambung bangsa






















c) penggunaan kata setara
1 terancang dan bersepadu
2 penciptaan dan pembinaan
3 tekad dan nekad
4 retorik dan kontradiksi
5 intonasi dan nada
5 berkomunikasi dan berinteraksi
6 aura dan atma
7 borong dan pukal
8 artistik dan futuristik
9 cabaran dan pancaroba
10 inovatif, kreatif dan proaktif
11 leka dan alpa
12 enigma dan kebingungan
13 jeladeri dan lautan
14 menjadi nanar dan bingung
15 cekuh dan mahir
16 formulasi dan rumusan
17 integriti dan kejujuran
18 intifadah dan perjuangan
19 pucat dan mania
20 orak-arik dan kacau bilau
21 vital dan penting
22 citra dan identiti
23 teguran dan kritikan
24 ilmuwan dan cendekiawan
25 telus dan tulus
26 ihsan, bantuan dan subsidi
27 realistik dan rasional
28 pengemis dan kutu rayau
29 kesopanan dan kesusilaan
30 menghargai dan menjunjung tinggi
31 buli-membuli dan gengsterisme
32 bersatu padu, bertoleransi, saling memahami dan bekerjasama
33 mendarah daging dan berakar umbi
34 igauan dan impian
35 modenisasi dan globalisasi
36 menyahut dan mendukung
37 unggul lagi perkasa
38 ilusi dan emosi
39 memperkasa dan melestarikan
40 delusi dan halusinasi
41 simpati dan empati
42 homisid dan keganasan
43 ambiguiti dan kesamaran
44 dakar dan berani
45 culas dan malas
46 khidmat nasihat dan bimbingan kaunseling
47 dijaga dan dipelihara
48 khazanah bernilai dan warisan berharga








d) Imbuhan setara
1 berserabut dan berkecamuk
2 berdiskusi dan bermuzakarah
3 menebus kekurangan dan kegagalan
4 pra-e-komuniti dengan era e-komunti
5 persefahaman membawa permuafakatan
6 pengetahuan, maklumat dan ilmu
7 pembangunan dan kemajuan
8 petua dan pembangunan
9 membimbing dan membantu
10 ketabahan, kecekalan dan kegigihan
11 terarah, terpimpin
12 keunikan, kekreatifan
13 kemahuan, kemahiran dan kepakaran
14 dijulang dan diangkat tinggi
15 dimamah dan dimakan usia
16 menyahut dan mendukung
17 bersopan santun dan berpekerti mulia
18 menghaluskan, melembutkan dan menyopankan
19 dicalar dan digores
20 berbudi bahasa, berpekerti mulia dan bertanggungjawab
21 mencintai,memesrai dan menghargai
22 kesibukan, kesesakan dan kebingitan suasana
23 sehati dan sejiwa
24 kesopanan dan kehalusan budi pekerti
25 keanehan dan keunikan
26 penasihat dan pembimbing
27 kehandalan dan kecemerlangan
28 ketelitian, kepekaan dan keprihatinan
29 tercalar, tercabar dan tersasar
30 mendaulat dan memartabatkan
31 menegur, membimbing dan menasihati
32 keindahan dan kemanisan
33 ketidakpekaan dan ketidakcekapan
34 menggenapkan dan mencukupkan
35 kegentaran dan ketakutan
36 menggertak dan mengugut
37 segunung dan selautan
38 terlerai dan terungkai
39 menangguk dan meraduk
40 kedaifan, kenaifan dan kemiskinan
41 dilontarkan dan dilemparkan
42 kesedaran, kemahiran dan keyakinan














e) Cogankata
1 perbelanjaan berhemah
2 berjimat cermat
3 pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
4 generasi muda pelapis dan peneraju wawasan
5 remaja penggerak wawasan
6 generasi muda wawasan bangsa
7 satu matlamat satu wawasan
8 belia benci dadah
9 fikir dulu sebelum buang
10 tak nak merokok
11 budi bahasa budaya kita
12 jadilah pengguna yang bijak
13 bahasa jiwa bangsa
14 guru penyayang, pelajar sayang
15 guru cemerlang, pelajar gemilang
16 indah budi kerana bahasa
17 semakin hari semakin sayang
18 kepimpinan melalui teladan
19 semangat waja diri asas kecemerlangan
20 Malaysia Boleh
21 Keranamu Malaysia
22 bersatu teguh bercerai roboh
23 usaha tangga kejayaan
24 dadah musuh negara
25 filem kita wajah kita
26 generasi muda pelapis dan peneraju wawasan
27 remaja penggerak wawasan
28 generasi muda wawasan bangsa
29 guru cemerlang , negara gemilang
30 membaca sepanjang hayat
31 sihat sepanjang hayat
32 membaca jambatan ilmu
33 bersekutu bertambah mutu
34 pandu cermat, jiwa selamat
35 biar lambat asalkan selamat
36 bersatu teguh bercerai roboh
37 bahasa jiwa bangsa
38 cegah sebelum parah
39 mencegah lebih baik daripada mengubati
40 bersih, cekap, amanah

















f) Kata-kata hikmat
1 bertangguh itu pencuri masa
2 bersatu teguh bercerai roboh
3 guru berbicara mulia, pelajar berbahasa mesra
4 hilang bahasa, lenyaplah bangsa
5 ilmu pelita hati
6 muafakat itu berkat
7 cita-cita menghendaki perjuangan
8 perjuangan menghendaki pengorbanan
9 pengorbanan menghendaki ketabahan hati
10 muafakat membawa berkat
11 yang indah budinya, yang cantik bangsanya
12 tidak ada kejayaan yang datang bergolek
13 rumahku,syurgaku
14 masa itu emas
15 budi bahasa amalan mulia
16 bahasa ialah pakaian otak
17 kata di kota janji ditepati
18 gagal itu tiang kejayaan
19 belajar tidak memandang usia
20 buku teman setia, kawan menambah minda
21 masa umpama pedang yang tajam
22 jadikan imaginasi suatu realiti
23 kita tidak suka dikeji tetapi kita sentiasa suka untuk dipuji.
24 keluarga bahagia akan melahirkan masyarakat yang bahagia.
25 berkata benarlah walaupun kebenaran itu menyakitkan
26 bertangguh itu pencuri masa
27 buku umpama lautan ilmu.
28 orang yang bijaksana membetulkan kesilapannya dengan melihat kesilapan orang lain.
29 marah menyebabkan separuh daripada keintelektualan hilang.
30 dunia yang indah ini adalah ujian
31 tidak ada orang yang berjaya dalam keadaan dirinya tidak pernah bersedia untuk berjaya.
32 keelokan orang yang berilmu ialah mulia diri (pesan Imam Al-Syafie)
33 kecantikan ilmu pula adalah warak dan berlemah lembut. (pesan Imam Al-Syafie)
















g) Bahasa berbunga
1 tetap mendesah, tetap bergasak
2 kehampaan yang menggari
3 cucur menitis airnya mata
4 hancur daging tulang berkecai
5 bergayut di layar minda
6 intiha bicara
7 epilog cinta luka
8 daerah kelemahan masing-masing
9 merapuh kedudukan bangsa
10 menyinarkan kembali keampuhan akar budaya
11 Ruang waktu yang ada
12 mempertajam kemahiran
13 melontarkan idea dan meluahkan perasaan yang membelenggu di jiwa nurani.
14 kata-kata itu terpantul lalu berdesing ke jantung dan tersemat kuat dalam ingatan dan tindakanku.
15 sirih sejunjung, serai serumpun
16 sukma yang resah
17 bergelut dengan masalah yang tidak kunjung padam
18 tonggak pembangunan negara dan pendukung impian generasi
19 kesepaduan insan sepakat
20 mengisi dada dengan ilmu
21 air mata berguguran
22 hati yang rajuk kian dimamah kecewa
23 tinta-tinta harapan
24 lurah ketewasan
25 api kerinduan
26 dalam gundah dan pasrah
27 menuruni cerun pipi
28 bijak mengabui pandangan
29 menggunakan kata-kata yang muluk-muluk
30 bijak serta hebat memalsukan keikhlasan
31 senjata untuk memikat khalayak
32 ghairah menebang khazanah alam
33 mengundang rasa kurang senang
34 mengundang kekacauan dan sengketa
35 menagih simpati
36 kehausan kasih sayang
37 menumpang kasih
38 membuka langkah dengan gagah
39 cabaran besar yang harus digalas bersama
40 tenggelam dalam perasaan
41 bumi mulai menangis mengenangkan nasibnya
42 memekakkan telinga akan nasib manusia yang tersepit
43 selajur melangsar ke jiwaku
44 melaharkan ketakutan yang menggigil
45 menyaring ingatan
46 jentaka penantian
47 khayalan niskala
48 daun-daun penyesalan yang gugur di padang sanubariku
49 kerinduan yang menyalar sukma
50 kebuntuan yang tersembul
51 memutar-mutar cepu ingatan
52 cepu kepalanya terus bersipongang dengan tanda tanya
53 kudrat tangan sepasang
54 ulitan mimpi indah

h) Peribahasa asing
# Ahli korporat
“Dosa korporat terletak di muka pintu bilik mesyuarat Lembaga Pengarahnya”

# Tibet
“Berasa cukup adalah kekayaan yang paling besar.”

“Kalau kita membenci orang, orang akan membenci kita.”

“Kalau kurang pada rupa juga kurang pada budi.”

# Inggeris
“ Tetap dan tekun itu ialah ibu kekayaan.”

“Orang yang tidak ada cita-cita, bagaikan burung tanpa sayap.”

“Seseorang sahabat yang ada semasa diperlukan itulah sebenarnya sahabat.”

“Kalau kamu tua beri nasihat dan kalau kamu muda terimalah nasihat.”

“Orang yang paling bodoh ialah orang yang tidak tahu akan kebodohannya itu sendiri.”

“Tidak guna memancing ikan di hadapan pukat.”

“Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan dipandu sehingga esok.”

“Jangan memusuhi orang yang apabila berkata pasti dilakukannya.”

# Arab
“Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, pasti ia akan memancungmu.”

“Tiada kejahatan yang dapat dinilai sebagai baik, walaupun kejahatan dilakukan dengan tujuan yang baik.”

“Orang yang tidak tahu gunakan mata itu sama seperti orang yang sudah mati.”

# Jepun
“Orang miskin tiada waktu rehat.”

“Sumpah serapuh telur, sama-sama mudah pecah.”

“Perpaduan adalah kekuatan.”

“Seperti serigala berbulu biri-biri.”

“Pengalaman adalah ibu segala kejayaan.”

“Kita dapat mengawal lidah orang lain.”

“Anda boleh belajar kaligrafi di usia 80.”

“Jatuh kali ke-7 dan bangun kali ke-8.”

“Jangan berkira jumlah ayam yang kamu ada sebelum ianya menetas.”

“Di mana tiada anjing musang menjadi raja.”

“Anjing yang kuat menyalak tidak sesuai berburu.”

“Peminta sedekah jangan terlalu memilih.”

“Orang yang buta sekali sekala boleh menembak gagak.”

# Latin
“Undang-undang yang baik datangnya daripada perangai yang baik.”

“Kekayaan itu hanya terdapat pada mereka yang tidak serakah dan kemiskinan itu hanya terdapat pada orang yang kikir.”

“Jika orang miskin menjadi kaya, ia akan lihat ke tanah, dan jika orang kaya jadi miskin ia sekar pandang ke langit.”

# Cina
“Memerangi seratus peperangan adalah bagus tapi tidak terbaik”

“Jangan jemu separuh jalan”

“Seutas kawat dapat memotong sekeping papan dan titisan air dapat lekukkan seketul batu.”

“Mereka yang berjiwa besar cakap sedikit tetapi benar, mereka yang berjiwa kerdil bercakap banyak tetapi bohong.”

“Menumpaskan musuh tanpa pertempuran itulah paling baik.”

“Seseorang tidak layak memberi pendapat sehingga ia membaca buku dari seluruh dunia.”

“Jika seseorang itu membaca buku tetapi tidak mengamalkan pengajaran itu daripada buku itu, orang itu ibarat tidak tahu membaca.”

“Bagi manusia tidak ada penyakit berbahaya dari rasa tidak berpuas hati.”

“Seseorang pengukir yang mahu menghasilkan ukiran bermutu mestilah terlebih dahulu memastikan ketajaman pisau-pisau pengukirnya.”

“Rakyat adalah asas negara. Jika asasnya kukuh, negara akan aman makmur.”

“Cinta kepada rakyat dan baik hati kepada negara jiran adalah perbendaharaan yang berharga.”

“Walaupun seseorang mati di usia seratus tahun, kematiannya dianggap muda jika cita-citanya tidak diusahakan.”










Contoh 1: Isu sosial

Apalah ertinya jika negara maju membangun, sedangkan kualitinya hidup bermasyarakat menyongsong arus pembangunan. Apalah maknanya pemodenan, sekiranya nilai-nilai murni sebagai peradaban bangsa tidak diletakkan seiring dengan agenda negara. Atas dasar itu, langkah Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Malaysia melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni pada 11 Januari 2005 yang lalu, amat bertepatan dengan masanya dan bersesuaian dengan tuntutan era globalisasi yang mewarnai dunia kini.


Contoh 2: Isu budaya

Justeru, rakyat Malaysia seharusnya menyahut dan mendukung kempen kerajaan ini demi melahirkan masyarakat yang berilmu dan berperibadi unggul. Dengan kembali memupuk serta menghidupkan. Budaya berbudi bahasa dan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat, secara tidak langsung kita telah dapat memenuhi prinsip Rukun Negara yang kelima, iaitu “kesopanan dan kesusilaan”.


Contoh 3: Isu sosioekonomi

Pada masa yang sama juga, orang Melayu harus berani melakukan perubahan sikap dan minda agar lebih terbuka, berdaya saing, dan tidak mudah selesa dengan keadaan yang telah sedia dinikmati. Bangsa Melayu perlu melakukan anjakan paradigma supaya segala dasar dan bantuan kerajaan untuk membantu orang Melayu lebih bermakna.


Contoh 4: Isu kekeluargaan

Dalam meniti usia emas, warga tua sepatutnya boleh menyandarkan harapan kepada anak-anak. Pertalian yang sekian lama terjalin wajarlah ada tautan hingga ke penghujung zaman. Ini untuk mengelakkan warga emas merasa rendah diri, tersisih dan hidup dalam cucur menitis airnya mata.


Contoh 5: Isu remaja

Dalam meniti era globalisasi, remaja harus mengentalkan perasaan menguasai dan mengawal minda masing-masing. Di samping itu remaja harus mengenal identiti diri untuk mengelakkan semangat daripada luruh bertepatan dengan hasrat negara “generasi muda pelapis dan peneraju wawasan”


Contoh 6: Isu pendidikan

Mahasiswa perlu disuntik dengan nilai pengetahuan yang tinggi supaya mereka lebih cekap, inovatif, kreatif dan dinamik untuk bersaing di peringkat global bagi memastikan negara ini berupaya dan berdaya saing dalam era ekonomi dunia yang semakin mencabar kerana tidak ada kejayaan yang datang bergolek.


Contoh 7: Isu pendidikan

Keadaan ini akan memecahkan kebekuan ilmu dan minda yang wujud dalam kalangan sesetengah pelajar supaya mereka dapat berfikir dan bertindak dalam bidang ilmu yang lebih luas dan mencabar sesuai dengan kehidupan dunia hari ini untuk mengharungi cabaran dan halangan yang terhampar.



Contoh 8: Isu dadah

Cogan kata Dadah Musuh Negara wajar disimpulkan dalam minda setiap individu. Masyarakat khususnya remaja perlu lebih berhati-hati dan berwaspada supaya terhindar daripada penularan najis dadah yang kian parah. Remaja harus cuba lari daripada sesawang negatif yang membelenggu masa depan mereka kelak.


Contoh 9: Isu pendidikan

Ruang waktu yang ada di IPTA untuk melatih kemahiran berbahasa, apatah lagi bahasa Inggeris dan bahasa asing lainnya, sangat terbatas. IPTA seharusnya berperanan berbahasa dan bukannya memberikan latihan asas dalam bahasa Inggeris. Namun inilah yang biasanya terpaksa dilakukan oleh pihak IPTA apabila menerima mahasiswa yang sebahagian besarnya tidak menguasai langsung atau terlalu lemah keupayaan bahasa Inggeris. Kepincangan dalam sistem pengajaran dalam bahasa Inggeris terpaksa dipikul oleh pihak IPTA yang menjadi perhentian terakhir sebelum graduan memasuki pasaran kerja.


Contoh 10: Isu remaja

Sememangnya naluri remaja tidak suka berseorangan. Remaja mahukan perhatian dan rakan untuk berbual, menyatakan perasaan diri untuk didengar oleh seseorang, membisikkan isi hati agar orang lain tahu, malah mengadu hal tentang masalah peribadi untuk mencari jalan penyelesaian. Bersama rakan yang mengerti dan memahami, remaja dapat melontarkan idea dan meluahkan perasaan yang membelenggu di jiwa nurani.



Contoh 11: Isu remaja/ sosiobudaya

Sekiranya pergaulan didominasi oleh akal dan nafsu yang sihat, maka pergaulan itu akan menjadi pergaulan yang baik. Akal yang sihat dan hati sanubari yang dipandu oleh nilai-nilai murni boleh membantu mewujudkan pergaulan yang sihat.


Contoh 12: Isu perpaduan

Memang tepat sekali kalau dikatakan bahawa kita kini menghadapi suatu kenyataan politik, ekonomi, sosial yang mahukan kita lebih sedar dan berfikir secara rasional. Matlamat untuk menjelmakan kedamaian, kemakmuran serta Kebahagiaan dan keharmonian terletak di tangan rakyat.


Contoh 13: Isu sosiobudaya

Baru-baru ini timbul lagi soal nilai hiburan, filem dan drama yang disiarkan di televisyen Malaysia dan nilai budaya yang dipamerkan pada papan-papan iklan awam, yang dianggap bertentangan dengan nilai budaya dan nilai moral ‘bangsa Malaysia’ atau nilai bangsa Melayu Islam di negara ini.


Contoh 14: Isu sosiobudaya

Masalah kedua ialah masalah filem dan program televisyen yang diimport dari luar negara dan imejan dan mesej yang dipamerkan melalui iklan di tempat awam. Nilai apakah yang harus kita gunakan sebagai model atau rujukan untuk mengatakan bahawa sesuatu adegan atau senario dalam televisyen atau imejan dalam iklan tidak sesuai dengan nilai budaya dan agama bangsa Melayu.



Contoh 15: Isu sosial

Kini kita perlu mengetahui secara terperinci, secara teoretikal, apa itu ‘nilai bangsa Malaysia”. Kita tahu bahawa melalui kesedaran biasa akal dan hati kita, bahawa iklan yang mendedahkan tubuh wanita untuk mempromosikan alat solek misalnya, memang salah dari segi nilai dan maruah wanita Timur .


Contoh 16: Isu remaja

Usia remaja merupakan tempoh penting yang dilalui oleh setiap orang sebelum menjadi dewasa. Dalam tempoh ini pelbagai cabaran hadir untuk menguji kekuatan jati diri. Ada kalanya cabaran ini menjerumuskan seseorang ke dalam kemelut sosial seperti terbabit dalam kegiatan jenayah.


Contoh 17: Isu pendidikan

Sebagai intiha bicara, pembentukan kumpulan belajar perlu seimbang dengan tahap pencapaian akademik pelajar di samping beberapa banyak perkara lain yang perlu diberikan perhatian secara komprehensif. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, sejajar dengan pembestarian sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia semua warga pendidikan perlu melakukan anjakan paradigma dan mempunyai iltizam yang mapan untuk memberikan apa-apa terbaik kepada pelajar.


Contoh 18: Isu sosiobudaya

Pemaparan masyarakat majmuk di Malaysia dalam filem Melayu harus diteruskan dan diperluaskan. Mungkin dengan menonton filem seperti ini, rakyat dari negara lain dapat membuat identifikasi tentang Malaysia, sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama, dan latar belakang. Idea pemaparan atau representatif kelompok sosial dalam filem bukan sekadar paparan imej yang dilihat secara lahirian semata-mata, malah dilihat dari segi dimensi perbezaan sosial. Apatah lagi filem itu sendiri merupakan medium komunikasi yang cukup berkuasa dan berpengaruh serta begitu dekat dengan masyarakat.

Contoh 19: Isu juvana

Keganasan dalam kalangan pesalah juvenil pula boleh disebabkan oleh dadah dan juga senjata api yang senang diperoleh dalam sesebuah masyarakat, pemaparan kekerasan dan keganasan dalam media. Keadaan kemiskinan yang ekstrem, konflik keluarga, kegagalan di sekolah , sikap memberontak pada seseorang individu itu serta pengaruh negatif rakan sebaya.

Contoh 20: Isu alam sekitar

Bencana alam memaparkan tragedi yang tidak dapat dijangka. Fenomena bencana alam juga masih menjadi misteri kepada ahli sains dalam menganalisis perubahan iklim dan persekitaran bumi.









Contoh 21: Isu bahasa

Tanda-tanda budi ialah bahasa. Antara wang ringgit dengan budi, budilah yang tetap dipandang orang dan dikenang sampai mati. Gambaran tentang peri pentingnya budi ada diungkapkan dengan begitu indah dalam pantun Melayu lama seperti yang berikut:
Makan sirih berpinang tidak,
Pinang ada di bawah tangga;
Makan sirih mengenyang tidak,
Tanda budi dengan bahasa.



Contoh 22: Isu Pendidikan

Sebenarnya, sekolah juga dapat membantu mencegah golongan remaja daripada terjebak dalam kancah jenayah. Guru sebagai tonggak yang menunjangi system pendidikan mampu membentuk peribadi dan susila pelajar dari peringkat awal lagi.


Contoh 23: Isu Pelancongan

Sejak mutakhir ini, kerajaan telah menggalakkan pelancongan dalam negara. Justeru, usaha yang terancang dan ikhtiar yang teratur perlu dimurnikan agar citra dan identiti negara dapat direalisasikan. Di samping itu, perlu ada persefahaman, permuafakatan, bersatu padu, bertoleransi, saling memahami dan bekerjasama semua pihak. Impak sampingan yang terperi, dalam industri ini mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara.


Contoh 24: Isu budi bahasa

Pelancaran ‘Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni’ pada 11 Januari 2005 yang lalu amat bertepatan dengan masa dan bersesuaian dengan tuntutan era globalisasi yang mewarnai dunia kini. Justeru, remaja seharusnya menyahut dan menyokong kempen kerajaan ini kerana mereka bakal mewarisi tampuk kepimpinan dan generasi penyumbang kebaikan ke arah menjayakan agenda negara.


Contoh 25: Isu filem

Awal 1990 hingga seterusnya, di dada akhbar harian Utusan Malaysia. Sememangnya, Festival Filem Asia Pasifik (FFAP), merupakan penanda aras kecemerlangan kualiti dan nilai seni karya filem sudah mula berubah dan bertukar tempat. Oleh yang demikian, FFAP ke-50 sepatutnya dirancang dengan teliti, dengan penuh visi dan misi, dengan ketat dan padat supaya objektif rancangan pembangunan industri perfileman Asia Pasifik.